Thursday, October 23, 2008

Rahsia & Kelebihan Benda-Benda Ciptaan ALLAH Subahanawataala

Setiap ciptaan ALLAH SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran suria dan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaan ALLAH SWT itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang ALAH SWT ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. ALLAH SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengatahui hikmah dan khasiat yang terkandung didalamnya. Dengan taufik dan hidayahnya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menrokai khazanah ALLAH SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

No comments: