Monday, August 25, 2008


"Keris adalah sejenis senjata warisan Melayu yang berdaulat iaitu senjata pakaian orang Melayu pada zaman silam, keris mempunyai rahsia-rahsia yang istimewa kerana keunikannya. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan orang melayu kerana ianya diperbuat daripada besi-besi yang terpilih dan mempunyai petua-petua yang tertentu.

Setiap bilah senjata keris ada mengandungi besi bercampuran (pamor) atau besi sebatang kerana setiap jenis besi itu ada rahsia yang tertentu diantaranya seperti:

Besi waja mempunyai rahsia keras lagi tajam
Besi putih bewarna perak mempunyai rahsia kemudahan rezeki dan boleh menembusi kulit yang tebal
Besi tarung bari bulu rusa rahsianya berbisa lagi tajam
Besi kelipan miang berbintik mempunyai kedamaian dan boleh mengurangkan kepanasan api kebakaran
Besi kuning keemasan rahsianya mendatangkan kemurahan rezeki, dihormati dan boleh menembusi kulit yang kebal
Sifat bari semut permukaannya berlubang seperti sarang semut, rahsianya mempunyai kebisaan, melemahkan kulit yang kebal dan kemurahan rezeki. Setiap bilah jika mempunyai pamor (besi ramuan) ianya mempunyai rahsia tertentu kerana setiap bilah keris itu tuahnya ada pada pamor dari segi lahirnya

Walau bagaimanapun keris besi sebatang tidak kurang kelebihannya kerana disudut rahsia untuk bertarung terlebih baik baginya".

Ulasan: Setiap benda dalam dunia ini adalah datangnya dari ALLAH Subahannawataala. Setiap qada dan qadar itu datangnya dari ALLAH dan bukannya disebabkan benda-benda lain selain dari ALLAH. Sesungguhnya kita WAJIB sentiasa bertawakal kepada ALLAH dan sentiasa berdoa kepadanya tentang apa yang kita hajati. KERIS adalah senjata dan tidak lebih dari itu...jika sekira terdapat apa-apa jua keistimewaannya atau keajaibannya maka ianya ada datang dari KUASA ALLAH jua. Seorang pemakai Keris akan sentiasa merasa semangat keberanian dengan izin ALLAH...sama jua sepertinya seseorang yang membawa senjata moden seperti pistol atau lain-lain. Wallahuaklam....

No comments: