Tuesday, November 4, 2008

Kisah Nabi IDRIS ALAIHISSALAM

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah 'Akhnukh'. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama." Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata: "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris."
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.:
"Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?"
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: "Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut."
"Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?"
"Benar ya Idris."
"Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?"
"Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan."
"Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
"Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu."
"Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu."
Malaikat Maut pun menjawab: "Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah."
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: "Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? "
"Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
"Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."
"Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu."
"Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT."
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT." Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: "Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?"
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:"Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan."
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: "Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati." (Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak
ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu." (Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga)." (Al-Hijr: 4
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: "Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga."
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: "Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 56-57)

Monday, November 3, 2008

LOUISA REEF NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

I wonder why our government is not making any strong move to inhibit this reef. It would be very important to place scientific research station now so that stronger claim of this reef can be made in future.


There are wrecks which are very interesting indeed to start of a scientific research apart from the usual marine research:


NEW JERSEY, American vessel, in the course of its voyage from Gibraltar to Canton with a valuable cargo of Spanish silver dollars quicksilver (mercury) and lead. the ship was wrecked in November upon the Louisa Shoal in the South China Sea. The captain and crew afterwards safely made their way to Singapore in the ship's longboat. In the early 1834, three vessels with divers departed Singapore for Louisa Shoal in hopes of recovering some of the New Jersey's lost treasure. During the salvage attempt, one of the salvage vessels, RELIANCE, was lost upon the shoal during a storm. The other salvage ship, MADELINE, returned to Singapore having successfully recovered quicksilver and lead valued at between 24,000 to 25,000 Spanish dollars. The other salvage vessel, LUCILE, later returned to Singapore having recovered property from the wreck to the value of 7,200 Spanish dollars. One of the divers was drowned while attempting to salvage some quicksilver. Not all of the treasure and quicksilver was salvaged.

Waktu-waktu diharamkan Sembahyang

Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :
“Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.
4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.
5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.
Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Tuesday, October 28, 2008

'BARAKAH' Place


Al Hussain Mosque (Variant Names Sayyidna Al-Hussayn Mosque, Husayn/Hussein/al-Hussein/Sayyiduna al-Husayn Mosque) is a very old mosque (Built: 1154) of Cairo, Egypt near the famous Khan El-Khalili bazaar. The mosque, considered to be one of the holiest Islamic sites in Cairo, was build on the cemetery of the Fatimid caliphs, a fact that was later discovered during the excavation. The mausoleum (dating back to 1154) is the oldest part of the complex.[1]
The Mosque houses some of very sacred items like the oldest believed complete manuscript of the Holy Quran.[2]



I was excited when Brunei Resources Blog recited my comment about SOAS mosque. I have to say recently my feeling about spirituallity grow stronger along with time. One aspect of spirituallism which can be considered an influence is the sacred or holy site or in this case the mosque. SOAS mosque is the second oldest usable mosque in Brunei. I remember when my late father told me that this mosque is so sacred or 'barakah' due to the fact it is also a place where 'muslim jins' performed their prayers. Some says 'they' usually pray under the 'mimbar' or near the escalator leading to the vip prayer hall. Wallahuaklam!

Thursday, October 23, 2008

Rahsia & Kelebihan Benda-Benda Ciptaan ALLAH Subahanawataala

Setiap ciptaan ALLAH SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran suria dan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaan ALLAH SWT itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang ALAH SWT ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. ALLAH SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengatahui hikmah dan khasiat yang terkandung didalamnya. Dengan taufik dan hidayahnya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menrokai khazanah ALLAH SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Saturday, October 18, 2008

Consequences of the 8/12/1962 revolt

"The revolt ended after five months when the last rebel leader, Yassin Affandi, being shot in the hip, was captured by British troops in mangrove swamps. The Revolt also played a role in the Sultan of Brunei's subsequent decision for Brunei to not join the Federation of Malaysia"
I can't help thinking what my parents had gone thru during that time! Part of the recipe for Negara Brunei DARUSSALAM today's tranquility and peace. A heavy price indeed our parents had to pay for our leisure life today...For which without that incident...Bruneian sovereignty would be lost forever! As we know today the then rebel leader YASSIN AFFANDI (or at least the unsung hero of Brunei Sovereignty) formed the National Developement Party a.k.a. NDP. We do not know what will be our future holds...but with 'necessary' preparation...we would be prepare to handle the future....insyaallah!

Wednesday, October 8, 2008

“Worry a little bit every day and in a lifetime you will lose a couple of years. If something is wrong, fix it if you can. But train yourself not to worry. Worry never fixes anything.”

- Mary (Mrs. Ernest) Hemingway

Dear ME!:

Worrying can have harmful effects on our lives. There really is no solution when you worry, it only creates more problems for yourself in the long run. Consider these four techniques on analyzing the situation at hand in order to minimize worry.

Get all the facts

Weigh all the facts - then come to a decision

Once a decision is reached, act!

Analyze the problem:

What is the problem?

What are the causes of the problem?

What are the possible solutions?

What is the best solution?

Source:The Dale Carnegie