Monday, April 27, 2009

Syarif Ali penyebar Islam dan Sultan Brunei

SYARIF Ali Bilfaqih diriwayatkan adalah berasal dari keturunan Saiyidina Hasan bin Ali, bererti beliau adalah zuriat Nabi Muhammad s.a.w. melalui perkahwinan Saiyidatina Fatimah az-Zahra dengan Saiyidina Ali.

Diriwayatkan pula bahawa Syarif Ali atau nama lain Syarif Ali Mufaqih Muqaddam adalah berasal dari Taif (Arab) dan tiba di Brunei sekitar tahun 1370 M, nama ayah Syarif Ali ialah Saiyid Abdul Qadir, salah seorang keturunan Saiyidi Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Wali Quthub yang sangat terkenal. Secara garis besarnya pula masih bertikaian pendapat apakah Syarif Ali itu keturunan Saiyidina Hasan atau pun keturunan Saiyidina Husein.
Jika benar Syarif Ali itu keturunan Saiyid Syeikh Abdul Qadir al-Jilani jelaslah beliau keturunan Saiyidina Hasan bin Ali bin Abi Talib kerana nasab Saiyid Syeikh Abdul Qadir al-Jilani adalah kepada Saiyidina Hasan bukan Saiyidina Husein.

Namun masih diragukan kerana sebahagian penyebar Islam yang datang ke Asia Tenggara termasuk Maulana Malik Ibrahim yang dikatakan ada hubungan kekeluargaan dengan Syarif Ali adalah keturunan Saiyidina Husein bukan keturunan Saiyidina Hasan. Ini kerana jika benar bahawa Syarif Ali ada hubungan kekeluargaan dengan Maulana Malik Ibrahim bererti ada hubungan pula dengan ulama-ulama Fathani Darus Salam yang kemudian melanjutkan penyebaran Islam ke Cam, selanjutnya ke Jawa dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara. Sezaman dengan Syarif Ali di Brunei itu, ada seorang ulama Patani ke Brunei, iaitu Wan Nik.
Nama ini adalah nama gelar sewaktu beliau masih di Patani. Beliau ini pergi menyebarkan Islam ke Brunei.Walau bagaimana nama Wan Nik al-Fathani tidak pernah ditulis baik penulis-penulis Brunei atau pun ahli sejarah lainnya. Boleh jadi sewaktu di Brunei, Wan Nik tidak menggunakan gelaran nama itu, tetapi memakai nama asli. Adik-beradik Wan Nik al-Fathani adalah 11 orang.
Di antaranya ialah Saiyid Jamaluddin al-Kubra, yang wafat di Tuwajok, Bugis. Beliau adalah datuk bagi Maulana Malik Ibrahim. Jadi menurut sejarah versi Patani ini berertilah Wan Nik al-Fathani itu datuk saudara bagi Maulana Malik Ibrahim.

Hubungan penyebaran Islam antara Fathani Darus Salam dengan Brunei terjalin sejak lama, dalam Hikayat Tuan Wali Allah Syeikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani tertulis, “Dan lagi Raja Brunai itu jadi dua beradik dengan bapak Tok Nyang Syeikh Abdur Rahman itu, Wallahu a’lam…”
Yang dimaksudkan “… bapak Tok Nyang Syeikh…” pada kalimat ialah Syeikh Abdul Mubin al-Fathani. Namun, perkara ini tidak jelas dari perkahwinan dalam bentuk bagaimana, dari adik-beradik sebelah laki-laki atau pun dari adik-beradik perempuan, yang dimaksudkan hingga terjadi “dua beradik…” seperti yang termaktub dalam kalimat di atas.
Kemungkinan catatan pada hikayat tersebut keliru atau pun tersalah salin. Kemungkinan yang dimaksudkan dengan perkataan “dua beradik…” itu ialah Syarif Ali yang ternyata menjadi Sultan Brunei ketiga itu memang adik-beradik dengan Syeikh Wan Muhammad Arifin Syah al-Jarimi al-Fathani, Saiyid Jamaluddin al-Kubra, Wan Nik al-Fathani, dan lain-lain atau “dua beradik…” dalam istilah yang lain, ialah dua riwayat di bawah ini:

Petikan dari Habib Alwi bin Thahir Al-Hadad, “Keterangan-keterangan daripada dokumen-dokumen Mindanao menunjukkan bahwa pada tahun 880 H (1475 M) telah datang Syarif Ali dan dua orang saudaranya dari Mekah. Ali menjadi raja yang pertama di Mindanau, saudaranya yang kedua menjadi sultan di Brunei, dan yang ketiga menjadi sultan di Maluku”.
Walaupun dari segi tahun dan terdapat kelemahan-kelemahan lain, kalimat di atas sukar diterima namun masih dapat diambil kira untuk penyelidikan, terutama sekali perkataannya “… dan yang ketiga menjadi sultan di Maluku.”
Kemungkinan yang dimaksudkan dengan Maluku itu ialah Ternate. Sultan Ternate itu di antaranya ialah Sultan Babullah iaitu adik-beradik dengan Syarif Hidayatullah/Sunan Gunung Jati di Betawi, Banten dan Cerebon.
Ayah kedua-duanya adalah Saiyid ‘Umdatuddin Sultan Cam di Kemboja. Ayahnya ialah Ali Nur Alam yang sebelum ke Cam memperoleh beberapa orang anak di Patani. Ali Nur Alam anak Saiyid Jamaluddin al-Kubra. Oleh sebab Wan Nik al-Fathani yang mengembara ke Brunei adalah adik bongsu Saiyid Jamaluddin al-Kubra maka berertilah Sultan Babullah di Ternate (Maluku) dan Syarif Hidayatullah di Cerebon (Jawa Barat) adalah cucu saudara Wan Nik al-Fathani yang ke Brunei itu.
Sekiranya betul tulisan Habib Alwi al-Hadad di atas, bahawa yang menjadi raja di Brunei adalah adik-beradik dengan Sultan Babullah di Ternate (Maluku), bererti raja Brunei itu cucu saudara Wan Nik al-Fathani yang tersebut itu. Wallahhu a’lam.
Aktiviti dan dilantik sebagai Sultan Brunei
Dipercayai Syarif Ali adalah seorang ulama, tujuan pengembaraannya ialah menyebarkan agama Islam. Di Brunei, dari aktivitinya mengajar masyarakat awam akhirnya dapat mempengaruhi pemimpin-pemimpin kerajaan Brunei sehingga Syarif Ali diambil jadi menantu oleh Sultan Ahmad (Sultan Brunei yang kedua). Sultan Ahmad mangkat, sekitar tahun 1425 M, para pembesar dan rakyat Brunei sepakat menabalkan Syarif Ali sebagai Sultan Brunei(Sultan Brunei yang ketiga).
Selanjutnya beliau digelar Sultan Berkat. Sebagai seorang ulama, setelah menjadi sultan, beliau menjadi contoh sebagai insanul kamil bagi masyarakat Brunei. Beberapa penulis sejarah Brunei merakamkan, “Maka Syarif Ali inilah mendirikan agama Islam dan mengeraskan syariat Nabi kita Muhammad s.a.w. di Brunei dan membina masjid-masjid.”
Menurut riwayat, sebelum Syarif Ali menjadi sultan, sultan-sultan yang terdahulu belum mendirikan masjid. Diriwayatkan pula bahawa Syarif Ali selain sebagai seorang sultan, beliau sendiri menjadi imam sembahyang fardu, sembahyang Jumaat, dan menjadi khatib hari Jumaat dan kedua-dua hari raya.
Ini bererti dirinya sebagai seorang ulama, imam dan sultan mesra menyatu, bersepadu dan tertanam kasih sayang ke seluruh lubuk hati masyarakat yang beragama Islam.
Sahabat dan ulama yang sezaman dengan beliau di Brunei
Selain Syarif Ali dipercayai ramai lagi penyebar Islam yang sezaman dengannya yang menyebarkan Islam di Brunei. Oleh sebab mereka hidup sezaman dan sasaran penyebaran di tempat yang sama, maka kita anggap saja mereka adalah bersahabat. Di antara mereka yang dapat disenaraikan ialah sebagai yang berikut:
1. Saiyid Alwi al-Faqih Muqaddam
2. Syeikh Adam
3. Syeikh Sulaiman bin Abdur Rahman
4. Saiyid Abu Bakar
5. Saiyid Hasan al-Hadad
Wafat dan keturunan
Sultan Syarif Ali, wafat pada tahun 1432 Masihi, demikian yang tertulis dalam beberapa buku sejarah karangan baru. Tahun 1432 itu berasal dari tulisan batu nisan yang transliterasinya; “Dari Hijrah Nabi s.a.w. delapan ratus tiga puluh enam tahun, dalam bulan Jamadilawal, malam Khamis, wafat pada hari Ali berpindah dari dunia ke akhirat…”
Hasil perkahwinan Syarif Ali dengan Puteri Sultan Brunei, beliau memperoleh anak bernama Sulaiman, yang selanjutnya menjadi Sultan Brunei pengganti ayahnya Sultan Syarif Ali, Sultan Brunei yang ketiga itu.
Dari sini pula selanjutnya menurunkan sultan-sultan Brunei Darussalam dan Sultan- Sultan Sambas (Kalimantan Barat, Indonesia) secara bersalasilah menurun dari atas ke bawah bersambung tanpa putusnya. Nama-nama yang dapat disebutkan ialah: Sultan Sulaiman memperoleh putera Sultan Bolkiah. Sultan Bolkiah memperoleh putera bernama Sultan Abdul Kahar. Sultan Abdul Kahar (mangkat 1571 M) memperoleh putera tiga orang, iaitu;
1. Sultan Syah Berunai
2. Sultan Muhammad Hasan
3. Raja Dungu Sultan Muhammad Hasan (nombor dua) memperoleh putera tiga orang, iaitu;
1. Sultan Tengah
2. Sultan Abdul Jalilul Akbar
3. Sultan Muhammad Ali
Sultan Tengah (nombor satu) itulah yang kahwin dengan Ratu Suria (Sambas), memperoleh putera Sultan Muhammad Shafiyuddin, Sultan Sambas. Ada pun Sultan Abdul Jalilul Akbar (nombor dua) dan Sultan Muhammad Ali (nombor tiga)
keturunannyalah yang menjadi sultan-sultan Brunei Darussalam.

Monday, December 15, 2008

Nasehat 'Paduka Ayahanda' untuk Alai Awangku

Lai Awangku...banyakkan bersabar disamping DOA untuk mohon restu ALLAH SWT. Tiap-tiap hamba Allah tidak akan dapat melarikan diri atau bersembunyi dari Ujian Allah Lai Awangku. Namanya kita hidup didunia yg penuh dengan Angkara dan Pesona semuanya itu adalah merupakan ujian pada siapa saja yg dikehendaki NYA semata-mata untuk memperkukuh IMAN dan PENGABDIAN kita kepada NYA dalam mencapai sebuah kemenagan disisi keridhaan NYA.

Thursday, December 11, 2008

Lifecycle of a Relationship

Everything in this world have its lifecycle. Be it life itself is a lifecycle. Born from day 1 and grow to adulthood and die. The question is, how long and how short that lifecycle is. Probably in a relationship such as marriages constitutes many lifecycles. The Romance Lifecycle, The Committment Lifecycle, The Midlife Lifecycle and The Mature Lifecycle. These lifecycles requires adaptations of somehow which must be made accordingly. These adaptations or adjustments comes from events leading to it. Such as death of loveones, cheating, being cheated, sweet memories, births and many many things that life has to offer. There are no specific guidelines to handles these situations. The only thing you should do is to understand one thing and one thing only...THERE IS NOTHING IMMORTAL IN THIS WORLD, ONLY ALLAH S.W.T IS IMMORTAL TO THE FULLEST OF EVERYTHING!

Monday, December 1, 2008

What I ve done....

Life is no different than a MOVIE, the script have been made for us since day 1 till we die. We lead our life accordingly and react to the environment around us. There are time we did stupid things and made mistakes so that we learnt...The complexities of life is actually beyond human comprehension...without God help...we may become mad! Things do happen with blessing in disguise...pray for the best and hope to die in IMAN.
"Ohh ALLAH the great, bestow upon me the spiritual strength to endure your test on this earth...please forgive all my sins and that of my loved ones...you(ALLAH) are the only hope I will ever have...and without your compassion I shall be doomed. Ohh ALLAH hear my prayer....I m longing for you and Rasul Allah....Amin May be peace upon Muhammad Sallalahualaihiwasalam..."

Thursday, November 27, 2008

Nikon Vs Canon




I went to an exibition last night at the Hua Ho Mall Manggis. The exibition features the latest consumer electronic goods ranging from the flattest & biggest of all screen to my all time favorites; SLR cameras. Interestingly enough the two most popular camera brand in the world were located opposite to other head on! I was not really a fan of Canon...but I do respect its focusing speed . On the hand by default I have to ba a Nikonian...Yup indeed I am..proud user of a Nikon D2X. Nikon SLR is a piece of art...always maintaining its rather classical looks and functions are most accessible through buttons. The colour from Nikon lens are always Vivid but at some lens model lack the focusing speed! such as the 80-400mm VR lens with the noisy motor!


Interestingly a canon saleswoman 'Wenny' enlighten me with a Canon mount converter (probably Kenko brand) for Nikon lens without comprimising f stops or picture quality would certainly a great bonus and who knows this might narrow down or even solve the pros and cons of both brands against each other.

Tuesday, November 25, 2008

Stress, as defined by Dr. Hans Selye, is "the nonspecific response of the body to any demand made upon it." More specifically, stress is defined by perception. If a person finds a job situation, or another personality particularly stressful, the feeling often will trigger a physiological response. On the other hand, studies have shown that when a job situation or another personality stimulate feelings of challenge or a positive reaction, these same physiological reactions do not occur. Therefore, when we talk about stress in relation to disease, we are looking at the more negative stress.
Physiological responses to stress include an increase in heart rate, an increase in blood pressure, and an increased rate of breathing. These symptoms are caused by the release of adrenaline, which also narrows your arteries, and results in a greater workload on the heart. If you are unable to control your stress, you may be at risk for high blood pressure and possibly injury to your artery walls which sets the stage for plaque deposits. Negative stress is a risk factor for the development of coronary artery disease.
Stress management is a learning process. First, you need to identify the particular cause of your stress. Second, you need to take steps to change those circumstances that are stressful whenever possible. Third, you need to relearn ways to cope with stress in your everyday life. The following are a few suggestions for coping with stress:
Do not waste energy being upset over little things. Remember that stress is our reaction to situations, not the situation itself. Often it helps to talk it out and get a different perspective of the situation while at the same time venting your concerns.
Escape from the stress for a period of time. Exercise, taking a walk before lunch to get rid of the morning's frustrations or taking a walk after work to help unwind, can be very helpful to reduce your stress.
Beware of the super-person urges. Set priorities, establish realistic goals and stop trying to do too much.
Take time to relax daily whether you learn relaxation techniques or just take time out for a favorite hobby.
Take it easy with criticism or arguments. Stand your ground on what you believe is right, but make allowances for the other party. Search for the "positives" of an argument, of a critical person, as well as your own positive qualities.
Finally, if stress seems out of control, discuss it further with your doctor or health care professional. They may be able to direct you to other sources for help such as support groups or professionals trained in stress management

Wednesday, November 19, 2008

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'

'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.

Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'

Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'

'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tuesday, November 4, 2008

Kisah Nabi IDRIS ALAIHISSALAM

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud:

"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah 'Akhnukh'. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama." Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian beliau berkata: "Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris."
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.:
"Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?"
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: "Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah Malaikat Maut."
"Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?"
"Benar ya Idris."
"Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?"
"Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan."
"Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
"Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu."
"Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu."
Malaikat Maut pun menjawab: "Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah."
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: "Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? "
"Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya.
"Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."
"Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu."
"Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT."
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: "Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT." Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: "Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?"
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:"Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan."
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: "Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: "Setiap yang berjiwa akan merasakan mati." (Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: "Dan tidak
ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu." (Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: "… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga)." (Al-Hijr: 4
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: "Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga."
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: "Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (Maryam: 56-57)

Monday, November 3, 2008

LOUISA REEF NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

I wonder why our government is not making any strong move to inhibit this reef. It would be very important to place scientific research station now so that stronger claim of this reef can be made in future.


There are wrecks which are very interesting indeed to start of a scientific research apart from the usual marine research:


NEW JERSEY, American vessel, in the course of its voyage from Gibraltar to Canton with a valuable cargo of Spanish silver dollars quicksilver (mercury) and lead. the ship was wrecked in November upon the Louisa Shoal in the South China Sea. The captain and crew afterwards safely made their way to Singapore in the ship's longboat. In the early 1834, three vessels with divers departed Singapore for Louisa Shoal in hopes of recovering some of the New Jersey's lost treasure. During the salvage attempt, one of the salvage vessels, RELIANCE, was lost upon the shoal during a storm. The other salvage ship, MADELINE, returned to Singapore having successfully recovered quicksilver and lead valued at between 24,000 to 25,000 Spanish dollars. The other salvage vessel, LUCILE, later returned to Singapore having recovered property from the wreck to the value of 7,200 Spanish dollars. One of the divers was drowned while attempting to salvage some quicksilver. Not all of the treasure and quicksilver was salvaged.

Waktu-waktu diharamkan Sembahyang

Sebagai mana dijelaskan oleh para ulama feqh berdasarkan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa waktu-waktu tertentu yang ditegah melakukan sembahyang adalah seperti berikut:

1. Bermula dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kira-kira kadar satu tombak. Satu tombak itu adalah kira-kira kadarnya tujuh hasta paras ketinggian orang biasa dan satu hasta pula ialah kira-kira menyemai dengan lapan belas inci.

2. Waktu Istiwa iaitu waktu matahari berada di tengah-tengah langit sehingga gelincir matahari atau condong ke bawah. (Kecuali waktu istiwa pada hari Jumaat)

3. Waktu ketika matahari berwarna kekuning-kuningan sehingga tenggelam keseluruhan bulatan matahari itu di ufuk.

Ketiga-tiga waktu ini ada disebutkan di dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya yang maksudnya :
“Tiga waktu yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kami bersembahyang dan mengkebumikan mayat, iatu ketika matahari naik sehingga tinggi, ketika matahari tegak (terpacak) sehingga gelincir dan ketika matahari hampir terbenam sehingga ia terbenam”
(Hadis riwayat Imam Muslim)
Hadis di atas melarang bersembahyang dan mengkebumikan mayat pada ketiga-tiga waktu berkekenaan.
4. Selepas sembahyang fardhu Subuh iaitu bagi orang yang telah menunaikan sembahyang Subuh sehingga terbit matahari.
5. Selepas sembahyang fardhu ‘Asar sehingga terbenamnya matahari.
Diterangkan di dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri yang mengatakan bahawa dia telah mendengar Rasulullah Sahallalahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Tidak ada sembahyang selepas Subuh sehingga terbit matahari dan tidak ada sembahyang selepas Asar sehinggalah matahari terbenam”.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Tuesday, October 28, 2008

'BARAKAH' Place


Al Hussain Mosque (Variant Names Sayyidna Al-Hussayn Mosque, Husayn/Hussein/al-Hussein/Sayyiduna al-Husayn Mosque) is a very old mosque (Built: 1154) of Cairo, Egypt near the famous Khan El-Khalili bazaar. The mosque, considered to be one of the holiest Islamic sites in Cairo, was build on the cemetery of the Fatimid caliphs, a fact that was later discovered during the excavation. The mausoleum (dating back to 1154) is the oldest part of the complex.[1]
The Mosque houses some of very sacred items like the oldest believed complete manuscript of the Holy Quran.[2]



I was excited when Brunei Resources Blog recited my comment about SOAS mosque. I have to say recently my feeling about spirituallity grow stronger along with time. One aspect of spirituallism which can be considered an influence is the sacred or holy site or in this case the mosque. SOAS mosque is the second oldest usable mosque in Brunei. I remember when my late father told me that this mosque is so sacred or 'barakah' due to the fact it is also a place where 'muslim jins' performed their prayers. Some says 'they' usually pray under the 'mimbar' or near the escalator leading to the vip prayer hall. Wallahuaklam!

Thursday, October 23, 2008

Rahsia & Kelebihan Benda-Benda Ciptaan ALLAH Subahanawataala

Setiap ciptaan ALLAH SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran suria dan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaan ALLAH SWT itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang ALAH SWT ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. ALLAH SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengatahui hikmah dan khasiat yang terkandung didalamnya. Dengan taufik dan hidayahnya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menrokai khazanah ALLAH SWT lalu menemui pelbagai hasil galian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Saturday, October 18, 2008

Consequences of the 8/12/1962 revolt

"The revolt ended after five months when the last rebel leader, Yassin Affandi, being shot in the hip, was captured by British troops in mangrove swamps. The Revolt also played a role in the Sultan of Brunei's subsequent decision for Brunei to not join the Federation of Malaysia"
I can't help thinking what my parents had gone thru during that time! Part of the recipe for Negara Brunei DARUSSALAM today's tranquility and peace. A heavy price indeed our parents had to pay for our leisure life today...For which without that incident...Bruneian sovereignty would be lost forever! As we know today the then rebel leader YASSIN AFFANDI (or at least the unsung hero of Brunei Sovereignty) formed the National Developement Party a.k.a. NDP. We do not know what will be our future holds...but with 'necessary' preparation...we would be prepare to handle the future....insyaallah!

Wednesday, October 8, 2008

“Worry a little bit every day and in a lifetime you will lose a couple of years. If something is wrong, fix it if you can. But train yourself not to worry. Worry never fixes anything.”

- Mary (Mrs. Ernest) Hemingway

Dear ME!:

Worrying can have harmful effects on our lives. There really is no solution when you worry, it only creates more problems for yourself in the long run. Consider these four techniques on analyzing the situation at hand in order to minimize worry.

Get all the facts

Weigh all the facts - then come to a decision

Once a decision is reached, act!

Analyze the problem:

What is the problem?

What are the causes of the problem?

What are the possible solutions?

What is the best solution?

Source:The Dale Carnegie

Monday, August 25, 2008


"Keris adalah sejenis senjata warisan Melayu yang berdaulat iaitu senjata pakaian orang Melayu pada zaman silam, keris mempunyai rahsia-rahsia yang istimewa kerana keunikannya. Antara sebab keris menjadi lambang kemegahan dan kekuatan orang melayu kerana ianya diperbuat daripada besi-besi yang terpilih dan mempunyai petua-petua yang tertentu.

Setiap bilah senjata keris ada mengandungi besi bercampuran (pamor) atau besi sebatang kerana setiap jenis besi itu ada rahsia yang tertentu diantaranya seperti:

Besi waja mempunyai rahsia keras lagi tajam
Besi putih bewarna perak mempunyai rahsia kemudahan rezeki dan boleh menembusi kulit yang tebal
Besi tarung bari bulu rusa rahsianya berbisa lagi tajam
Besi kelipan miang berbintik mempunyai kedamaian dan boleh mengurangkan kepanasan api kebakaran
Besi kuning keemasan rahsianya mendatangkan kemurahan rezeki, dihormati dan boleh menembusi kulit yang kebal
Sifat bari semut permukaannya berlubang seperti sarang semut, rahsianya mempunyai kebisaan, melemahkan kulit yang kebal dan kemurahan rezeki. Setiap bilah jika mempunyai pamor (besi ramuan) ianya mempunyai rahsia tertentu kerana setiap bilah keris itu tuahnya ada pada pamor dari segi lahirnya

Walau bagaimanapun keris besi sebatang tidak kurang kelebihannya kerana disudut rahsia untuk bertarung terlebih baik baginya".

Ulasan: Setiap benda dalam dunia ini adalah datangnya dari ALLAH Subahannawataala. Setiap qada dan qadar itu datangnya dari ALLAH dan bukannya disebabkan benda-benda lain selain dari ALLAH. Sesungguhnya kita WAJIB sentiasa bertawakal kepada ALLAH dan sentiasa berdoa kepadanya tentang apa yang kita hajati. KERIS adalah senjata dan tidak lebih dari itu...jika sekira terdapat apa-apa jua keistimewaannya atau keajaibannya maka ianya ada datang dari KUASA ALLAH jua. Seorang pemakai Keris akan sentiasa merasa semangat keberanian dengan izin ALLAH...sama jua sepertinya seseorang yang membawa senjata moden seperti pistol atau lain-lain. Wallahuaklam....
Terjemahan penuh surah Al-Hadid:

[1] Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[2] Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[3] Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

[4] Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

[5] Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

[6] Dia lah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam (silih berganti); dan Dia lah yang Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

[7] Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.

[8] Dan mengapa kamu tidak beriman kepada Allah? Sedang Rasulullah mengajak kamu untuk beriman kepada Tuhan kamu, dan Allah telah mengambil janji setia dari kamu (untuk beriman); jika kamu hendak beriman (maka telah jelaslah dalil-dalilnya).

[9] Dia lah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Ia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.

[10] Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
[11] Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!
[12] (Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”.
[13] (Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: “Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu”. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): “Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)”, serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
[14] (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): “Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?” Orang-orang yang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
[15] “Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!”
[16] Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
[17] Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya.
[18] Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.
[19] Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya, merekalah pada sisi (hukum) Tuhan mereka, (orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi darjatnya) seperti orang-orang “Siddiqiin” dan orang-orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang mati syahid itu; dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli neraka.
[20] Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[21] Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
[22] Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
[23] (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
[24] Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
[25] Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menurunkan (menciptakan) besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
[26] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik - derhaka
[27] Kemudian Kami iringi sesudah - mereka: Rasul-rasul Kami silih berganti, dan Kami iringi lagi dengan Nabi Isa ibni Maryam, serta Kami berikan kepadanya: Kitab Injil; dan Kami jadikan dalam hati orang-orang yang mengikutnya perasaan belas kasihan (sesama sendiri). Dan (perbuatan mereka beribadat secara) “Rahbaniyyah” - merekalah sahaja yang mengadakan dan merekanya; Kami tidak mewajibkannya atas mereka; (mereka berbuat demikian) kerana mencari keredaan Allah; dalam pada itu mereka tidak menjaga dan memeliharanya menurut yang sewajibnya. Oleh itu, orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad) di antara mereka, kami berikan pahalanya, dan (sebaliknya) banyak di antara mereka yang fasik - derhaka.
[28] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[29] (Ditetapkan pemberian yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani - yang menentang Islam) mengetahui, bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu dari limpah kurnia Allah, dan bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu terletak dalam kekuasaan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar.

Monday, August 18, 2008

Kite Festival 2008 at Tungku Beach























Fracas of boys fighting for lose kites

Saturday, August 16, 2008


Yesterday 'Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Beginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah and Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Mahkota General Haji Muhtadee Billah with Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Malek performed the Friday prayer at the Pengiran Muda Mohammed Bolkiah Mosque in Kg Serusop.

Wednesday, August 13, 2008

Mengkabau Reservoir

Something to think of...

Tinggi Gunung Gilang Gemilang
Air Sungai Tanang2an
Budi Yang Baik Tiada Hilang
Laila Menjadi Kenang2an

The High Mountain gliterring as ever
The River Water Tranquil Undisturbed
The Good Deeds that will lose never
Be always heartily remembered

A verse of poem composed by Al-Marhum Sultan Haji Omar' Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien







Lake location: Along Jalan Sungai Akar